Saturday, April 30, 2005
damnn u closing!! u made me stayed in the office until 11pm yesterday!!!...aihhh..rasa nak muntah ijau dah aku tgk invoice-invoice yg aku kena setelkan..adoilaaa..kalau lah tetiap bulan camnih..mau kurus aku dibuatnya..aiyahhhh...
and this morning..si AlVin. (sol akmal ngan jaa kenal lah sapa mamat nih)..msg me..urgent katanya suh aku call smula..sori ler..aku nya kedit boliaw..so aku tgu jek laa dia call balik..heheh...idak laa urgent mana..dia cuma tanya aku pasal air shipment yg aku arrange smalam...time aku terima msg dia tuh..aku dah saspen dah..ingat apa2 lah jd..cepat2 aku siap mandi sume...hahahha..kira macam mandi tak basah tido tak kenyang lah jd nye..urkkk!!! leceh betol lah..
and tomorrow..kalau takde aral melintang..we are heading to muar..our frens yulie n sham is getting married..hehee congrats to both!! semoga kekal selama-lamanya...
tatau dah nak letak apa..got to go now..take care.. be good n love yaaa!!!
zetty @ 9:59 AM.
Wednesday, April 27, 2005
bila dah nak sampai end of month..maka aku akan jd macam separuh gile dan pening kepala.sebab sebok nak buat end month closing..hmm tiap-tiap ujung bulan macam nih.heh..memang membusan kan..aku selalu sgt berharap..by the end of month aku akan dapat kerja lain..just sebab nak lari kan diri dr tarikh2 ujung bulan heheh..aduhh tak larat aa nak buat..somebody save me!!!
eii aku tatau nak tulis apa sebenarnya..otak aku tgh 'head banging' kat dalam kepala aku..hehe camner tuh..?? tah ler..aku pun tatau..uwaaa!!! tension!! rasa cam nak makan coklat..huhu!!
oklaa take care..be good n love yaa!!
zetty @ 10:03 PM.
Sunday, April 24, 2005
terlalu banyak benda yg barlaku dalam bulan nih.. too much to handle..too many to think of..sampai kan ada ketikanya aku rasa aku tak mampu nak hadap semuanya sekali..at one time...semoga hari-hari yang mendatang akan menjadi lebih baik...
terima kasih kepada kawan-kawan yg bagi aku semangat atas apa yang belaku...
take good care everybody...be good n love yaaa!!!
zetty @ 10:55 PM.
Tuesday, April 19, 2005
Kalau dulu aku cerita..aku terima panggilan telefon kematian arwah datok aku dari pakcik aku..tapi semalam..aku terima panggilan telefon tentang berita kematian pakcik aku.
I was in the office yesterday..planned to go out to Jalan Duta but due to some unsettled issue, i postponed my plan.Around 2++pm, i rcv a call from my mom asked me to come home urgently..aku tanya dia..kenapa??..but she didn't tell me anything.Aku dah mula menggeletar dan rasa tak sedap hati..must be anything happend in my family.. aku tak puas hati lagi..tetiba aku teringat pacik aku..and i tried to call him but cant get thru..aku sendiri x tau apa yg aku rasa..i call my makcik. (pakcik's wife)..dia lah yg bagitau aku yang pacik aku dah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya..i was so shocked!!! dah tak terkata apa..but still i cant believe it!!
aku cuba tenangkan hati untuk menerima kenyataan yang pacik aku dah tiada..aku cukup terkilan sebab aku tak dapat berjumpa dia masa dia ada di KL hari jumaat sabtu dan ahad..yes.only 2 days ago he was in KL..n i was about to meet him on Saturday..tp since mak aku mintak aku teman dia ke kuantan..aku terpaksa batalkan janji aku..aku tak tahu macam mana dan betapa terkilannya aku sebab tak dapat jumpa dia..aku tak dapat salam dan cium tgn dia..aku cukup terkilan..dan tgh hari ahad tuh aku terima call dari pacik aku..dia kata dah nak balik kuantan and promise to meet me some other time..dan malam tadi aku jumpa dia..dalam keadaan kaku dan tak bernyawa lagi...
dia adalah segalanya bagi aku..he just like my own father..dialah tempat aku mengadu about most everything..about life..about love..about financial..and even about siti nurhaliza!! dan pemergiannya merupakan satu kehilangan besar bagi aku.. he cares about me as im his own daughter...dialah pembakar semangat aku untuk terus berjaya dalam hidup..n i adore him very much!
banyak kenangan aku dengan dia..dan semua org di sekelilingnya tahu..aku lah anak buah yg paling rapat dengan dia..he always said that he proud to have me as his niece..n im very proud to have him as my uncle!
"pakcik...terima kasih atas segala jasa baik pakcik selama nih..segala tunjuk ajar..segala nasihat..akan zt kenang sampai bila-bila..bersemadilah dengan aman di sana..zt berjanji yang zt tidak akan lupakan macik,amirul dan adik affi..doa zt akan sentiasa untuk pacik...semoga Tuhan mencucuri rahmat ke atas roh pakcik selamanya..."Al fatehah...
zetty @ 12:42 PM.
KUANTAN: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Superintendan Abdul Affan Othman, yang dalam perjalanan untuk menyiasat satu kes jenayah perdagangan, terbunuh apabila keretanya terhumban ke gaung di Kilometer 200.2, Lebuhraya Pantai Timur (LPT), dekat Bukit Berkelah, semalam.Abdul Affan, 43, (gambar kanan) yang cedera parah di kepala, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta polis jenis Proton Waja itu, Konstabel Azmi Mohamad, 23, patah tangan kiri dan dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Yusuff, berkata ketika kejadian pada jam 12.15 tengah hari itu, Allahyarham dalam perjalanan ke Temerloh untuk menjalankan siasatan kes membabitkan jenayah perdagangan.
Bagaimanapun, katanya, kereta yang dipandu Azmi itu terbabas ke kiri jalan lalu melanggar penghadang sebelum terhumban ke gaung sedalam kira-kira sembilan meter.
“Mayat mangsa dikeluarkan peronda lebuh raya, manakala Azmi dihantar orang awam untuk rawatan lanjut ke HTAA,” katanya ketika ditemui di Rumah Mayat HTAA, di sini semalam.
Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, yang menziarah jenazah di rumah mayat HTAA mengucapkan takziah kepada isteri Allahyarham, Shamshul Mardhiyyah Baharum, 38. Hadir sama Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Roslan Mohd Yassin.
Abdul Affan, yang meninggalkan dua anak, seorang lelaki berusia empat tahun dan seorang perempuan berusia dua tahun, mula bertugas di IPK Pahang pada Ogos tahun lalu.
Shamshul Mardhiyyah, Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Menengah Astana, Bandar Indera Mahkota, terpaksa dipapah untuk melihat jenazah suaminya bagi kali terakhir sebelum dikafankan. kerana terkejut dan terlalu sedih.
Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Surau Alor Akar di sini, dan dibawa pulang ke kampungnya di Lenggeng, Negeri Sembilan untuk dikebumikan petang semalam.
Sementara itu, Ramli berkata, polis Pahang kehilangan seorang pegawai yang baik dan rajin bekerja untuk meningkatkan imej polis.
“Saya mewakili warga polis Pahang mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Kita berharap mereka tabah menerima dugaan ini," katanya.
Seorang rakan Allahyarham yang enggan dikenali pula berkata, arwah pernah bergurau bahawa mesyuarat derma darah pegawai IPK Pahang pada 7 April lalu adalah yang terakhir dihadirinya.
Beliau tidak menyangka kata-kata Allahyarham itu menjadi kenyataan apabila Abdul Affan terbunuh dalam kemalangan tengah hari semalam.
"Pemergiannya satu kehilangan besar kepada polis dan bagi anggota bawahannya, kami bukan saja kehilangan seorang pegawai, malah rakan yang sentiasa menceriakan suasana dan sering mengambil berat hal kami," katanya
(source taken from B.Harian)
zetty @ 12:22 PM.
Sunday, April 17, 2005
my first attempt..succesfully failed..
my second attempt..failed with flying colors..
my third attempt..akan gagal jugak kot..but with Hons..heh!!
apa nak jadik daa..
kalau gagal lagik..aku tak nak fikir dah..its not giving up..but just MALAS!!..hehe..
Ok hepi sunday everybody!!
eh..a new link has been added..check it out!!
zetty @ 2:43 PM.
Friday, April 15, 2005
KRM - Suratan atau Kebetulan
Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan
Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan
Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus
Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan
p/s: hmmm..suratan atau kebetulann..??
zetty @ 10:38 PM.
lama tak update..nuthing much happened lately....kerja byk..tp dah jadik malas...balik rumah pun tatau nak buat apa..oline lah sampai lebam sambil tengok tv..ermm..last monday or tuesday (cannot remember lah which day..)..sol jaa ngan akmal came over to my office..hahah jejak jugak depa ke opis aku..nih sume gara-gara Sen Exec aku lah yg gile nak beli PDA..tp last2..tabley nak decide..bengong kan?? (ketok pala dia skali!!)....then after that..had dinner at Vichudda DU..
Then on wednesday..went to Cheras..gi makan plak kat penara..and again muka-muka yg sama plus a new additional of cheras clan, wawa ..din ngan wan..except Sol..sebab malam tuh dia kena "shift" malam..haha
tuh jek laa keje aku..pagi pergi kerja..sampai petang...pastu kalau ada "jemputan" keluar..keluar..pastu balik x tau nak buat apa..can i say that i dont have a life?? hahah what ever..
and a new breaking news aku terima minggu nih...mak aku kena transfer ke Kuantan lah pulokkk!!! aiyohh!! memula aku ingat dia memain kata kena transfer..tp rupa-rupanya betol-betol..bukan main-main!!!..dia kata surat dah dapat dah..huargh!! huargh!!..not everybody will pindah sana..its only my mom and her kucings..hahah aku tak larat aa nak jaga kucin2 dia yg berbelas ekor tuh..kang ada plak kes kucin mati sebab terlebih makan..heheheh..laa nih sebok nak kena carik rumah sewa plak sebab dia tak mo duduk kat umah yg bank dia sediakan..apasal tah..something to do with claims laa apa laa..aku pun malas nak tanya lelebih...
tuh jek laa kot citer aku pada kali ini...
to all of u..take care..be good n love yaa!!!!
zetty @ 9:20 PM.
Sunday, April 10, 2005
hanya di mata
~~~~~~
bermula segala kerana mata
jika dilihat dihadapan nyata
apakah yang pasti yang diteka
bila dihati lain kan berkata
berbeza semua tidakkan sempurna
sakit dimata cinta jiwa dikau merana
hanya dimata pasti penuh dengan cerita
hanya dimata kini dapat satu pertanda
hanya dimata pasti ada warna berseri
hanya dimata hati hitam ataupun putih
dan dari mata akan terfikir
dimana permata yang dikau cari
kilau cahaya yang berkelip
memukau mata dan perasaan mu
berbeza semua tidakkan sempurna
sakit dimata cinta jiwa dikau merana
zetty @ 7:14 PM.
Saturday, April 09, 2005
i just got my car tinted..a greenish+gold shinning (tah aku pun tatau camne nak xplain kan kaler tint dia tuh..but its looks great lah)..berapa kali aku planned to tint the car..tp kalau tak cukup masa..budget plak lari..kalau tak budget lari..masa plak takde.. (apa daa aku cakap?)..until lah today i at last get to "curi" masa these 4 frens (sol, jaa walad, ngan akmal) n dragged them to follow me to the shop..sebenarnya..pengetahuan aku pasal kereta nih masih cetek lagi.. luckily i have this "gile kereta" punya kawan-kawan yang willing to be dragged semata nak tint keta aku..heheh..thank u very much lah ye..kerjasama anda amatlah dihargai..hehe
so while waiting for my car to get done, kitorang gi makan tgh hari (dekat pukul 3 lebih time tuh) kat velodrome ..and after that , pay a visit to wawa yang officially dah pindah ke rumah baru kat cheras..n again got back to the shop dengan harapan aku dah boleh bawak keluar kete aku keluar
hehe kat sini lah berlakunya sikit "percakaran kucin" antara akmal ngan tokey kedai tuh..sumer nya gara-gara tokey tuh tak explain to us clearly which part yg dia akan tint within the price of RM360 itu..dia cuma tint part balakng dan 4 tingkap..yg depan tak disentuh langsung..dan untuk yang depan tuh di tint kan..i have to add rm100 for that..hehe ..akmal mintak kurang..dia tak mo kasik jugak..jaa mintak kurang..dia pun tak mo kasi jugak..try my luck..heheh dia kurangkan rm10...n try again..at last dia kurang kan kepada rm80..heheheh..bukan apa ..aku malas dah nak tangguh-tangguh nak cari kat kedai lain plak..and summore..akmal kata kalau kat tempat lain..payah gak nak dapat kan harge tuh..so kira ok lah tuh..
then have to wait another 1 hour..so lepak2 sambil makan goreng pisang ngan air oren kat rumah sol..sebaik laa rumah sol dekat..kalau tak..kena lah pulak menebeng kat mana2 kedai minum...
and around 7++, kitorang gerak smula ke kedai tuh to pick up my car..overall kira ok laa..budak2 nih kata lawa...(tatau laa kalau depa tipu aku..means aku tipu u reader..hehe!)and i have to prektis not to open the window and not to ON the heater..for a week...aiyakkk..aku nih dah laa pelupa..hehe tp time balik td takde lah terkantoi lagik..tp tatau lah kot esok luse tulat..heheh plss!! remind me for that!!
oklaa people..me so tired lah today..dengan batoknya..sakit kepala nya..dengan tak cukup tido nya..i need my rest..take care..be good n love yaa..have a nice weekends everybody!!!
zetty @ 9:32 PM.
Tuesday, April 05, 2005
first day working after 4 days of "honeymooning"...rasa malas giler aku nak siap gi kerja..kul 7 pagi aku still tekebil-kebil tak siap lagik..hehe..tapi kalau makin lama aku cuti nanti..makin banyak benda yg aku kena kec-chap!! malas laa plak...
so how was Tioman..?? giler best!! tatau aku nak describe macam mana pengalaman kat sana..tapi pendek kata mmg best lah..i wish i could do it again..next time at different place..may be redang plak..hmmm one day!!
first time snorkling..haha..memula cam tak pandai ..asik masuk air dan tertelan ayer masin jek laa..sampai sakit tekak nih aaa..tapi lama kelamaan..aku dah berani ke tengah..join dengan bebudak yg lain..best betol dapat tgk ikan-ikan yg cantek-cantek kat dalam laut tuh..tgk batu-batu karang yg pelik2...menatap kejadian alam yg begitu menakjubkan..
tak cukup dengan tuh..aku di "dera" plak untuk panjat bukit....turun bukit..hahah depa nih nak sangat tgk aku join xtvt panjat memanjat nih kan..well ..done it..tapi..idak lah se"xtrem" gunung ledang mahupun jerangkang..but at least..aku dah try..heheh..alhamdulillah..semuanya berjalan dengan selamat..itu yang penting..
kesannya..aku sakit satu badan..huh!! hari nih still rasa badan sengal-sengal lagik..sebaiklaa semalam aku cuti..kalau tak..mau aku melepek kat opis..tak cukup sakit satu badan..sakit tekak lah jugak..disertakan dengan batuk-batuk kecil (ehemm!!..)..
so..here a few fast n furious facts during tioman trip :
1.kitorng gerak kuar dr ttdi on 1 apr tuh at about 4 am in the morning..pastu time nak balik..kitorang sampai ke jeti mersing dari pulau pun around 4pm...and reached home also almost 4 am in da morning on the 4 apr...tuah no 4 kot..and not to forget..each car..kita ada 4 org jugak..ermm begitu jugak setiap bilik..muat 4 org jugak.. and all this happened in april!!...what a coincident!!
2.janji jumpa cheras clan kat ayer keroh..but then gara-gara pemandunya (wld) tak menyedarkan diri hatta telah dikejut hampir 2 jam ..maka kitorang tuka meeting point kat ayer hitam
3.time nak balik kl on the 3rd tuh..kena tempuhi jem yg begitulah teruk..byk kereta yg dah surrendered kat tepi jalan..macam ada car parade plak..
4.time jem tuh..RnR senawang bagaikan mengadakan free konsert..org paking sampaikan ke tepi hiway..giler ke hapo..??
5.fist time tgk org candat sotong..bila dah sampai kat darat..sotong tu tuka jd kaler ijau..hehe..tak penah aku tgk..
6.aku xcited giler tgk ikan-ikan kat dalam laut berebut makanan..hahah a bit jakun lah!!
7.time nak balik..org resort tuh kata boat kol 12 tgh hari..so masing2 bergegaslah besiap macam tak cukup masa sgt..tapi alih-alih..tunggu punya tunggu..kol 2 jugak boat tuh datang..hahah tak melayu lah datang awal kot!!!
8.bunyik ombak time ujan kat ana amatlah menggerunkan...!! huhuhuhuhu!!
9.kucin2 kat tioman makan biskut love letter..ikan2 di lautan..makan roti canai..hahahah!! kalau tak caye cuba tanya bebudak lain yg pergi..heheh
oklaa people..take care..be good n love yaa!!!
zetty @ 10:19 PM.